SELAMAT MENGUNJUNGI WEB BLOG SKAWAN

16 Januari 2011

Makluman: Pihak Nazir Pantau Sekolah

Makluman kepada semua warga SKAWAN

Pihak nazir dari KPM akan datang melawat sekolah pada:

Hari : Isnin
Tarikh: 17.01.2011

Sekian. Harap Maklum.

09 Januari 2011

Ucapan Takziah Untuk Guru Besar

Seluruh Warga SKAWAN mengucapkan takziah di atas kembalinya ibuanda guru besar SKAWAN ke rahmatullah pada Selasa (04.01.2011) yang lepas. Semoga rohnya diletakkan bersama-sama roh orang-orang yang bertakwa. 
Al-Fetehah.

04 Januari 2011

Sekalung Budi Sejambak Kasih

Seluruh warga SKAWAN ingin merakamkan jutaan terima kasih atas perkhidmtan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh bekas warga SKAWAN pada tahun 2010. Terima kasih tidak terhingga kepada:

1.  Cikgu Suhaimi
     Beliau telah berpindah ke Selangor

2.  En. Wan Medali 
     Beliau telah bersara daripada jawatan Pembantu Am Rendah.

3.  Cik Rachel
     Beliau telah tamat perkhidmatan sebagai Fasilitator Makmal Komputer.

Semoga jasa dan sumbang kalian akan diberkati dan dikenang sepanjang hayat.

03 Januari 2011

Senarai Tugas PPM

1.      Buat Mural (mengecat semula warna yang telah pudar)
2.      Menanam semula bunga @ tanaman yang baru
3.      Membantu guru membuat ABM yang baru.
4.      Mengemas dan menyusun barang-barang dalam stor.
5.      Mencuci langsir
6.      Kemas kini inventori
7.      Kemas kini semula stok
8.      Kemas kini semula fail
9.      Mencari pembekal baru jika yang lama tidak bersesuaian
10.  Membuat banner untuk pendaftaran murid baru.
11.  Membuat pemilihan murid baru.
12.  Pendaftaran murid baru.
13.  Memanggil murid baru untuk mngukur saiz baju serta mengedar borang SSM.
14.  Lampiran E (data guru & data ppm )
15.  Menghantar surat dan menelefon kepada ibu bapa murid yang berjaya dan tidak berjaya serta memaklumkan tarikh hari orientasi diadakan.
16.  Menyediakan peralatan murid tahun hadapan cth: alat tulis,kain tuala kecil dan berus gigi
17.  Menghantar saiz ukuran baju ke PPD.
18.  Mengemas dapur,mengelap cermin,membersih kipas dan mencuci longkang serta perabot.
19.  Menyenaraikan barang makanan yang perlu digunakan untuk tahun hadapan.