SELAMAT MENGUNJUNGI WEB BLOG SKAWAN

28 Februari 2011

JADUAL KERJA ANJAL GURU ELAK BEBAN TUGAS LEBIH

Kerajaan disaran melaksanakan waktu persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tidak menanggung beban kerja berlebihan.  Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata jadual persekolahan selama lapan jam itu dapat memenuhi waktu harian pelajar secara berkualiti, selain mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial. Melalui pelaksanaan itu, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, pentadbiran sekolah boleh menyusun pelbagai aktiviti berfaedah untuk mengisi jadual waktu petang setiap hari tanpa membebankan pelajar dengan pembelajaran akademik semata-mata. Antaranya, pelajar boleh menjalani aktiviti sukan dan kokurikulum, menyiapkan kerja rumah di bawah bimbingan dan pemantauan guru, mengikuti kelas tambahan bagi melonjakkan prestasi pencapaian mereka atau memasuki kelas pemulihan untuk mereka yang memerlukan bantuan.


Malah, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti kemahiran menarik pada sebelah petang seperti kelas seni untuk pelajar dalam aliran sains bagi menggalakkan lagi daya kreativiti.  Dari segi jadual kerja anjal untuk guru, disarankan sebahagian daripada mereka bertugas mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bakinya dari jam 11 pagi hingga 4 petang.  Abdul Rahman berkata, 70 peratus sekolah di negara ini sudah menjalankan sekolah satu sesi tetapi waktu persekolahan hanya dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari menyebabkan ada pelajar mengambil kesempatan ruang masa selepas itu terjebak dengan gejala sosial kerana ibu bapa bekerja.  Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya guru permulaan diberi tempoh percubaan selama enam bulan di sekolah bagi memastikan kesesuaian sebenar mereka untuk menjadi pendidik dan jika tidak, wajar dicadangkan mereka mencari kerja lain.

BERITA HARIAN
28 FEBRUARI 2011

26 Februari 2011

Ops Rambut Skawan 2011

Spot check telah diadakan oleh pihak waden terhadap penghuni asrama bagi tahun 2011. Rami murid telah melanggar peraturan khususnya bahagian rambut. Maka, waden telah mengambil tindakan untuk menggunting rambut murid yg panjang....





21 Februari 2011

Mangsa Benak Batang Lupar





Isnin, 21 Februari 2011: Sekeluarga dari Kampung Langgir yang terletak di hulu Sungai Batang Lupar iaitu lebih kurang 1 jam perjalanan ke Kampung Lingga telah karam dihempas "Benak Batang Lupar". Menurut sumber yang boleh dipercayai, keluarga tersebut handak pergi ke Klinik Desa Lingga kerana isterinya yang sarat hendak bersalin. Namun demikian dalam perjalanan, perahu mereka telah dihempas oleh Benak Batang Lupar yang dijangka setinggi 3 meter. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi. Tragedi ngeri itu telah mengorbankan tiga nyawa iaitu seorang ibu yang sarat hendak bersalin, anaknya dan bapa kepada ibu tersebut. Pihak polis dan jabatan laut masih berusaha mencari mayat mangsa yang masih belum dijumpai.

18 Februari 2011

Sekolah Ganti

Perhatian:

Sekolah ganti akan diadakan pada Hari Sabtu (19.02.2011) untuk mengganti Cuti Tahun Baru Cina yang lepas. 
Jadual yang digunakan adalah jadual hari Selasa.

Sekian. Harap maklum



13 Februari 2011

Renungan Sempena Maulidur Rasul

KEAJAIBAN NOMBOR DI DALAM AL-QURAN
Ajaib tetapi benar!
Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan
Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti
nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi,
kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45[/color]
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus[/color]
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!![/color]

NOTA:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quran," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

12 Februari 2011

Cuti Sempena Maulidur Rasul


Untuk makluman semua warga SKAWAN sekolah kita telah memohon cuti peristiwa pada hari Isnin iaitu 14 Februari 2011 telah dululuskan.

Maka, dengan itu sekolah kita akan bercuti pada hari Isnin (Cuti Peristiwa) dan hari Selasa (Cuti Maulidur Rasul)

Sekian. Harap Maklu

09 Februari 2011

Surat Pekeliling SPA Bil 2 Tahun 2011 dan Surat Pekeliling SPA Bil 3 Tahun 2011


Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2011 bagi menerangkan prosedur pengesahan pelantikan dan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2011 bagi menerangkan kaedah dan prosedur pengesahan dalam perkhidmatan.


Klik Sini

03 Februari 2011