SELAMAT MENGUNJUNGI WEB BLOG SKAWAN

27 Januari 2011

Bila Aku Telah Dewasa

Murid-murid Tahun Empat SKAWAN sedang menyanyikan lagu "Bila Aku Telah Dewasa"

24 Januari 2011

Jalanraya Ke SK Lela Pahlawan

Beginilah keadaan jalanraya utama untuk ke SK Lela Pahlawan. Ianya amat menyedihkan kerana sudah beberapa tahun masih juga dalam keadaan begini...Bilakah ianya akan berubah wajah???



20 Januari 2011

Bilik Pra Sekolah

Bilik Pra ini hanyalah sementara sahaja kerana bangunan baru sedang dalam pembinaan..


Pembinaan Bangunan Sekolah Baru

Pembinaan bangunan sekolah baru SK Lela Pahlawan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2011....




18 Januari 2011

Makluman: Pihak Nazir Pantau Sekolah (2)

Makluman kepada semua warga SKAWAN 2011:
Pemantauan pihak nazir telah ditunda kepada satu tarikh yang baru iaitu:

Hari : Isnin
Tarikh : 24.01.2011

Sekian, harap maklum.

16 Januari 2011

Makluman: Pihak Nazir Pantau Sekolah

Makluman kepada semua warga SKAWAN

Pihak nazir dari KPM akan datang melawat sekolah pada:

Hari : Isnin
Tarikh: 17.01.2011

Sekian. Harap Maklum.

09 Januari 2011

Ucapan Takziah Untuk Guru Besar

Seluruh Warga SKAWAN mengucapkan takziah di atas kembalinya ibuanda guru besar SKAWAN ke rahmatullah pada Selasa (04.01.2011) yang lepas. Semoga rohnya diletakkan bersama-sama roh orang-orang yang bertakwa. 
Al-Fetehah.

04 Januari 2011

Sekalung Budi Sejambak Kasih

Seluruh warga SKAWAN ingin merakamkan jutaan terima kasih atas perkhidmtan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh bekas warga SKAWAN pada tahun 2010. Terima kasih tidak terhingga kepada:

1.  Cikgu Suhaimi
     Beliau telah berpindah ke Selangor

2.  En. Wan Medali 
     Beliau telah bersara daripada jawatan Pembantu Am Rendah.

3.  Cik Rachel
     Beliau telah tamat perkhidmatan sebagai Fasilitator Makmal Komputer.

Semoga jasa dan sumbang kalian akan diberkati dan dikenang sepanjang hayat.

03 Januari 2011

Senarai Tugas PPM

1.      Buat Mural (mengecat semula warna yang telah pudar)
2.      Menanam semula bunga @ tanaman yang baru
3.      Membantu guru membuat ABM yang baru.
4.      Mengemas dan menyusun barang-barang dalam stor.
5.      Mencuci langsir
6.      Kemas kini inventori
7.      Kemas kini semula stok
8.      Kemas kini semula fail
9.      Mencari pembekal baru jika yang lama tidak bersesuaian
10.  Membuat banner untuk pendaftaran murid baru.
11.  Membuat pemilihan murid baru.
12.  Pendaftaran murid baru.
13.  Memanggil murid baru untuk mngukur saiz baju serta mengedar borang SSM.
14.  Lampiran E (data guru & data ppm )
15.  Menghantar surat dan menelefon kepada ibu bapa murid yang berjaya dan tidak berjaya serta memaklumkan tarikh hari orientasi diadakan.
16.  Menyediakan peralatan murid tahun hadapan cth: alat tulis,kain tuala kecil dan berus gigi
17.  Menghantar saiz ukuran baju ke PPD.
18.  Mengemas dapur,mengelap cermin,membersih kipas dan mencuci longkang serta perabot.
19.  Menyenaraikan barang makanan yang perlu digunakan untuk tahun hadapan.

01 Januari 2011

Ketua Pengarah Pelajaran Baru


Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib semalam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.


"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran

Gred Utama Turus III," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.