SELAMAT MENGUNJUNGI WEB BLOG SKAWAN

Latar Belakang

Kata Aluan Guru Besar SKAWAN


الحمد لله رب العالمين , والصلوة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, laman web rasmi SK Lela Pahlawan ini dapat diakses oleh kita semua. Sebagai pentadbir di sekolah yang berwatakkan ICT ini, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan kita.
Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada Unit ICT SK Lela Pahlawan atas usaha mereka membangunkan seterusnya mengemaskini laman blog sekolah ini agar ia sentiasa segar dan juga berupaya menyalurkan maklumat yang terkini. Saya amat memahami kekangan masa dan juga beberapa masalah yang dihadapi oleh webmaster untuk menjadikan laman kita sebagai laman yang terbaik untuk kegunaan warga sekolah ini khususnya. Saya yakin, dengan perancangan yang telah dibuat, usaha untuk menjadikan laman ini sebagai laman yang interaktif oleh guru, pelajar dan juga ibu bapa akan tercapai jua akhirnya. Hasrat murni tersebut akan mendapat rahmat dan restu Ilahi hendaknya kerana sesungguhnya Allah amat menyukai perkara-perkara yang baik.
Akhirnya, saya amat berharap agar semua kemudahan dan prasarana ICT yang telah disediakan ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan dan kemajuan sekolah kita. Tidak lupa juga kepada PIBG yang sering memikirkan dan membantu kita menjayakan setiap program yang dirancang agar benar-benar mencapai matlamatnya. Saya cukup berbangga dengan ahli jawatankuasa sedia ada kerana sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dengan niat yang satu iaitu bersama memastikan sekolah selesa,anak-anak berjaya, pendidik gembira, ibu bapa berbangga.  

ENCIK AHAMAD BIN BRAHIM
Guru Besar
SK Lela Pahlawan


***************************************

PENTADBIR SKAWAN

Guru Besar
Encik Ahamad Bin Brahim

Penolong Kanan 1
Encik Ismail Bin Sili

Penolong Kanan HEM
Encik Abdul Karim Bin Abdullah

Penolong Kanan Koko
Encik Yahkup Bin Hj Rahim

 **********************************************************************************

VISI 
SKAWAN akan menjadi sekolah yang membanggakan
Bahagian Sri Aman menjelang tahun 2020

 MISI 
Berusaha Melahirkan Individu Murid Agar Menjadi Rakyat Malaysia Yang Seimbang
Dan Sejajar Dengan FPK dan Wawasan 2020

MOTO
"Usaha Tangga Jaya"

SLOGAN
"Fly Together To Reach Higher"

LAGU SEKOLAH
SK Lela Pahlawan sekolah kami
Tempat menimba ilmu pengetahuan
Kami dididik dengan sempurna
Membaca, menulis, mengira

Usaha menuju kecemerlangan
Tangga mendaki kegemilangan
Jayanya berhasil keterbilangan
Usaha tangga jaya

Merah Keberanian
Kuning kemuliaan
Hijau kesucian
Terbang bersama
Menuju kejayaan
SK Lela Pahlawan 


Ketahui Lebih Lanjut....